Friday, June 22, 2012

ANTARA OMEGA DAN LECITHIN UNTUK SLIMMING???





















FAKTA OMEGA:


OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA. EPA menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak.*

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega-3 yang bermanfaat & semulajadi, di samping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Jom ikuti kisah Pn Norita Mohd Idris ....

Masa saya belum kawin berat saya cuma 46kg sahaja. Semasa mengandung berat naik 20 kg, dua2 pregnancy berat saya naik 20kg. Semasa menyusu, berat saya max pun 48kg tak pernah lebih. Tapi lepas berhenti, berat naik mendadak....56kg. Ramai yang tegur termasuk mak mertua dan mak sendiri bila perubahan badan saya nampak sangat ketara. Aduhai, sape tak susah hati kan?

Selepas tu saya nekad nak kurus. Saya makan Lecithin pagi, petang dan malam selama seminggu dengan banyak....saya makan banyak buah. Alhamdulillah nampak sedikit perubahan. Turun 3kg permulaan. Namun saya teruskan juga cuma memang kena makan on time. Kalau lambat aje terus lapar macam nak pengsan.

Saya masih amalkan Lecithin dengan berat terkini 51kg. Tapi saya nak cuba dapatkan berat asal iaitu 46kg. Kini saya fokus on Omega pula selepas teruja dengan hasil customer saya. Kenapa sebelum ni saya fokus ngan Lecithin? Sebab kos Omega sedikit mahal berbanding Lecithin. Tapi bak kata customer saya, mahalnya tak la semahal treatment dengan pusat2 kecantikan kurus seperti LWM....balik-balik fikir, betul juga. Duit boleh usaha, so tak salah mencuba.

Apa yang saya amalkan selain makan Omega? Saya pastikan makan buah 2-3 potong sehari. Rumah dekat dengan kedai buah.Kami beli dalam 10 potong untuk satu family 2-3 jenis buah. Senang.
 Kalau anda tak boleh makan buah, minum jus buah 2-3 cawan sehari sebab nak serat dalam air tu. Pastikan air jus tu kurang ais sebab ais boleh buat perut kita buncit.
Pagi amalkan minum ESP, Meal shake dan Performance drink. Tapi bagi ibu menyusu, kena breakfast ya, sebab ibu menyusu perlu lebih kalori.
Sedikit senaman ringan sangat perlu, terutama menggerakan tangan, berlari anak dan sedikit sit up.

Bagi ibu menyusu, sebenarnya proses penghasilan susu sendiri membantu membakar lemak dari badan dan ini membantu si ibu mendapat berat dan bentuk badan yang asal. Tetapi mengapa ada ibu yang berat badan makin bertambah walaupun menyusu badan?

Pada saya lah sebagai seorang yang pernah menyusu anak secara lengkap 2 tahun lebih setiap seorang, pemakanan kita memainkan peranan penting selain cara hidup kita.

Antara yang bagus diamalkan bagi ibu menyusu untuk dapatkan bentuk asal :

1. Kurangkan minum minuman manis. Rata-rata ibu sangat galak minum air kurma tin yang kononnya banyakkan susu. Air manis ini apabila diambil dengan banyak tetapi output kita sedikit, ia akan tersimpan di dalam badan dan akhirnya buat badan kita membesar.

2.  Banyakkan minum air kosong....ia bagus untuk membantu mengimbangkan kepekatan darah dalam badan. Sangat bagus minum air masak 3-4 liter sehari.

3. Badan kita perlukan spark plug untuk membakar glukos menjadi tenaga...so penting sebenarnya b complex bagi ibu menyusu.

4. Pastikan makan on time....jangan skip meal. Bila kita skip meal, kita akan makan lebih banyak pada meal berikutnya dan ini sangat tidak sihat. Makan makanan yang berkhasiat setiap waktu santapan utama.

5. Biasakan makan malam awal dan elakkan makan malam berat melebihi jam 9 malam. Ini kerana apabila kita lewat makan, ia akan lambat dicernakan ditambah kita tidur awal, maka ianya akan disimpan dalam tubuh dan lama kelamaan membentuk lemak.

6. Amalkan makan banyak serat. Jika antara waktu makan tengahari hingga malam kita lapar, amalkan makan biskut oat dengan air atau buah-buahan.  Serat membantu mengangkut keluar lemak dari badan. Juga bagus jika amalkan minum jus segar buah sebab kaya dengan serat.

So untuk ibu menyusu :

Antara Lecithin dan Omega , fungsinya sama. Iaitu bagus untuk bakar lemak. Membantu meningkatkan HDL [ high density lipid] dan ini membantu kita atasi masalah kolestrol.
Beza: Lecithin murah berbanding Omega.
Anologi : Omega ibarat naik kapal terbang. Lecithin ibarat naik kereta.
Mana bagus ? Ikut budget anda bukan ikut budget penulis.....

Saranan saya, bagi ibu menyusu : banyakkan minum air masak, makan banyak buah , sedikit senaman....insyaALLAH sama ada Lecithin atau Omega sangat membantu.
credit : www.anakkuwiraku.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

2 comments:

  1. as salam nk tanya.mkn lecithin pagi ptg dan malam.dlm brapa biji yer.1 hari boleh mkn brapa biji.tq

    ReplyDelete
  2. as salam nk tanya.mkn lecithin pagi ptg dan malam.dlm brapa biji yer.1 hari boleh mkn brapa biji.tq

    ReplyDelete

Healthy For A Life