Wednesday, April 24, 2013

BERJAYA MENGANDUNG DENGAN SHAKLEE???



Lama rasanya x update blog ini…Masih ingat lagi entry terdahulu tentang salah satu impian saya untuk mengandung sekali lagi kan…Memandangkan saya sememangnya pengguna tegar Shaklee di samping pengedar saya x berfikir panjang untuk mengambil vitamin2 yang membantu untuk mencapai impian saya tu….Bukan saya sahaja yang makan suami saya pun makan juga….Mcm orang putih kata “It takes two to tango”…hahaha…
 
 
 
 
Namun begitu perkara yang paling UTAMA jangan dilupa anak adalah rezeki daripada Allah...yang penting USAHA+DOA+TAWAKAL..





Okay berbalik kepada vitamin yang saya ambil…secara asasnya memang saya masih meneruskan vitamin asas iaitu B complex yang sememangnya mengandungi folic asid untuk meningkatkan kesuburan ditambah dengan multivitamin vitalea dan vitamin C…Namun begitu untuk meningkatkan peluang kehamilan saya telah mengambil GLA  Complex dan Vitamin E selang sehari…











 

Bagi suami pula dia memang jenis yang x suka nak telan pil banyak2 sangat jadi saya just beri dia vitamin E dan zinc setiap malam…Itu pun saya yang sediakan setiap malam sbbnye dia mmg selalu lupa...





Kami meneruskan set ini selama sebulan..Selain daripada itu saya pun suka cari petua-petua lain di dalam internet…ada satu petua yang menarik minat saya kerana simple dan mudah untuk dilakukan dan ianya adalah amalan Rasulullah…Caranya ambil beberapa biji buah kurma kisar bersama susu kambing kemudian minum suami isteri dengan berselawat…




  
Saya beli susu kambing jenama Hi Goat kerana baunya yang tidak hamis sebab UTAMANYA suami saya x suka minum susu yang warna putih dan x suka bau susu….Saya paksakan jugak untuk dia minum siap tutup2 hidung lagi hehehe…Saya bagi dia minum sekali je dulu…Saya sememangnya suka minum susu jadi memang tiada masalahKemudian yang paling penting untuk hamil ini kena tahu bila waktu subur isteri kerana suami sememangnya dilahirkan sebagai seorang jutawan $$$$....hehehe….Jenuh jugak saya nak memahamkan carta kesuburan ni walaupun dah ada anak sebelum ini yang mana saya x kira pun waktu2 kesuburan tu…Tapi saya wat research kat cik google terutama laman2 kesihatan doktor O&G…tambah dengan skrg ini macam2 application ada utk kira waktu kesuburan so mmg lagi senang…
Kemudian ditambah dengan amalan-amalan doa yang lain…istighfar, bersedekah diniatkan untuk dapatkan zuriat…Akhirnya pada 25hb Januari saya tawakal je wat UPT…mula2 cube yang jenama murah je dulu tengok ada 1 line 1 lagi samar2...Kali kedua pakai clear blue pulak…kemudian x smpi 2 minit…pregnant 1-2 weeks….alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia mendapat berita baik...

Bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan namun sayugia ingin saya ingatkan set vitamin Shaklee ini hanyalah salah satu daripada usaha…Ramai pengguna Shaklee dah berjaya hamil dengan set ini namun semuanya adalah terletak pada Allah…Tapi x salah mencuba kan???...Ingin mencuba boleh PM saya anytime dengan harga yang ISTIMEWA…Sampai ketemu lagi!!!

Friday, January 25, 2013

I HAVE A DREAM

Sebelum berbicara, saya mengucapkan SALAM MAULIDURASUL kepada semua rakan-rakan, semoga kita sentiasa berada di bawah syafaat baginda, InsyaAllah. Bila sebut "I Have a Dream" ini saya teringat lagu dari Westlife, salah satu kumpulan kegemaran saya masa muda-muda dulu....hehehe sekarang pun xdela tua sangat tapi tahun ni dah nak masuk 3series....Jom layan lagu ni dulu!!!


Okay...dah feeling2 baru syok nak bercerita..Saya percaya semua orang ada impian di dalam hidup mereka...Saya teringat 2 minggu lepas saya berbual dengan boss saya di dalam kereta...dia kata kalau saya banyak duit saya ada satu impian...saya tanya, apa dia Tuan?...Saya nak beli kereta besar.. saya nak langgar kereta orang yang bawak slow2 ni lepastu bila kemek saya bagi dia duit....Hehehe..kelakar kan tapi best jugak impian macamtu...Tidak ketinggalan saya pun ada bermacam-macam impian...Bagi saya impian dan cita-cita tu lebih kurang sama je...Impian saya waktu kecik-kecik dulu bila orang tanya dah besar nak jadi apa? Saya akan jawab nak jadi "lawyer" walaupun secara jujurnya saya x tahu pun "lawyer" tu keje ape...hehehe..tapi sekarang alhamdulillah walaupun bukan jadi "lawyer" saya masih pengamal undang-undang....Bila impian ini dah tercapai saya tiada impian lain lagi ke???..

Semestinya ada banyak impian saya lagi...Di antara impian saya yang belum tercapai....saya ingin menimang cahaya mata yang kedua memandangkan Amir Wafiq dah berusia 2 tahun 6 bulan, saya rasa sesuai dah untuk bagi dia seorang adik...InsyaAllah saya dan suami sedang berusaha dan kami amalkan set-set vitamin Shaklee (B Complex, ESP, Zinc, Vitamin E, GLA, Vitamin C)..nanti sy update kalau ada perkembangan positif.

Selain daripada itu, impian saya yang paling besar adalah untuk bebas daripada belenggu hutang...Bukanlah bermaksud saya ini ada hutang keliling pinggang tau...Saya ada komitmen untuk bayar hutang PTPTN (ramai orang kata PTPTPU hehehe)...hutang kereta...yang terbaru hutang rumah...memang saya berkerja makan gaji dan alhamdulillah cukup untuk bayar hutang-hutang tersebut...tetapi impian saya untuk bebas hutang-hutang tersebut seberapa segera yang boleh dan saya nikmati gaji bulanan saya sepenuhnya...




Atas dasar impian itu saya ceburi Shaklee kerana saya percaya dan nampak prospek yang cerah di dalam Shaklee ini...upline saya Pn Norita Idris sentiasa "guide" saya...percaya atau tidak modal saya untuk mulakan perniagaan Shaklee ini hanya RM65 sahaja seumur hidup...Menarik kan??...Impian jangka masa panjang saya untuk jadi Master sepertimana beliau...InsyaAllah...Anda ingin menjana impian bersama saya?...Jom mulakan langkah sekarang!!! Jangan takut untuk bermimpi walaupun di siang hari...

 

Friday, January 18, 2013

ESP SHAKLEE TERBAIK!!!

Kita tinggalkan dulu cerita Shaklee & Me Part I, hari ini saya nak bercerita tentang ESP Shaklee. Apa yang hebat sangat ESP Shaklee ini berbanding dengan produk-produk soya yang lain?. Mungkin ada yang berpendapat "alah...kalau dah kacang soya semuanya sama je baik beli yang murah-murah jek" atau "ESP Shaklee mahal ler..baik minum air kotak soya murah jek"...Itu mentaliti yang biasa ada dalam sesetengah masyarakat, menjatuhkan hukuman sebelum menilai sesuatu menerusi kebaikannya. Takpe-takpe kita tinggalkan norma kebiasaan masyarakat tu, bagi anda yang mengambil langkah bijak untuk membaca tulisan saya ini jom follow apa yang UNIKNYA ESP SHAKLEE ini?

ESP Shaklee adalah makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Kalau nak tahu Shaklee merupakan SYARIKAT PERTAMA yang mencipta produk sebegini dan ESP merupakan SATU-SATUNYA produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Wah...teruja kan semuanya yang PERTAMA!!!

Di samping itu, kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP hanya mengandungi NON-GENETICALLY MODIFIED ORGANISM (non-GMO) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program(IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpannnya ramuan-ramuan yang digunakan adalah semulajadi dan berkualiti.

Bila sebut PROTEIN, semua mesti ingat makan daging atau telur dan minum susu dah memadai. Namun anda perlu ingat bahawa 9 asid amino penting tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan di sinilah peranan utama ESP ini kepada anda. Yang menariknya lagi 
1 HIDANGAN ESP SHAKLEE = 2X DAGING = 4X TELUR = 12 KALI GANDA SUSU. 
Yang paling penting ianya rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Jenuh jugak kan kalau kita kena makan sampai 2 kali ganda daging, 4 biji telur dan 12 cawan susu untuk dapatkan khasiat protein yang penting ini. Itu belum kira ada lemak dan kolestrol lagi tu....


Jom ikuti apa manfaat ESP lagi ;

* AWET MUDA - Asid amino penting untuk membina otot, kuku rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda...
(Kalau nak tahu upline saya Pn Norita Idris dah amalkan ESP selama 11 tahun secara konsisten, bila dia berjalan dengan 2 orang anak lelakinya orang ingatkan dia kakak jalan dengan adik-adiknya....bestkan :) )

*ENERGY BOOSTER - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
(Tak payah nak ambil minuman-minuman tenaga yang lain yang tinggi kandungan gulanya)

*MILK BOOSTER - Yang ini memang special apabila para ibu yang memenuhi 3 syarat asas penyusuan merasakan dengan pengambilan ESP, pengeluaran susu mereka memang banyak.
(Ini merupakan stok EBM customer saya Affnie Salleh yang gigih memerah susu semasa bekerja untuk babynya Damia. Beliau consume set 3M secara konsisten)


Banyak lagi manfaat Shaklee ini. Bagi saya sendiri selain minum Shaklee setiap hari saya pun rajin buat masker guna ESP ini...hehehe Caranya ambil sesudu ESP dan campur dengan yogurt biasa tempelkan ke muka 20-30 minit kemudian cuci, memang terasa gebu-gebu je muka tu (perasan betul hehehe)...Amalkan pada waktu malam sebelum tidur, jangan bawak tidur pulak kang terkejut suami kat sebelah....

Bagi yang ingin mencuba ESP Shaklee ini, boleh hubungi saya dan HARGA ISTIMEWA akan saya berikan untuk anda..

Wednesday, January 16, 2013

SHAKLEE & ME PART 1

Wah...memang rasa teruja untuk memulakan cerita bagaimana saya boleh terjebak dalam dunia Shaklee. Mulanya pada tahun 2009 masa zaman saya bujang saya suka sangat baca blog Harlinda Halim  (http://www.harlindahalim.com/ tapi masa tu blogspot lagi) kawan saya masa belajar kat UIA dulu. Dia rajin update blog dia dan saya merupakan salah satu pembaca setia blog dia hehehe..Semangat dia dalam dunia penyusuan ibu amat mengagumkan saya. Di samping itu banyak lagi cerita yang menarik dia selalu kongsikan. Lantaran itu, saya pasang niat menjadikan dia sebagai idola...hehehe saya rasa dia pun tak tahu ni...Then apabila saya berkahwin dan kemudian disahkan mengandung pada penghujung 2009, saya mmg dah set minda saya untuk menyusukan anak saya selama 2 tahun. Siap saya kumpul duit dan beli Medela Freestyle sbbnye Linda banyak review tentang pam-pam yang digunakan untuk menyusukan anaknya Danish dan dia paling suka yang ini hehehe terpengaruh betul dgn tulisan dia. Saya beli pun dengan orang yang sama dia beli tu...http://www.mybreastpumpshop.com/...tapi mmg best service kak Aja ni highly recommended...masa zaman saya beli tu RM1699 kalau x silap...memang la mahal tapi saya rasa berbaloi-baloi.


Then saya ingat lagi salah satu entry Linda dia consume Shaklee untuk maintain pengeluaran susunya...Tapi pada masa tu saya tak terfikir langsung nak beli Shaklee pun. Just tengok-tengok macam tu je.

After saya bersalinkan anak saya Muhammad Amir Wafiq, disahkan kena kuning pada hari ketiga & kemudian menjadi prolonged jaundice...Kami anak beranak berkampung di NICU Hospital Muar selama 14 hari kerana ada jangkitan kuman pada air kencing Wafiq juga...Dahla saya bersalin c-zer mmg rasa stress duduk wad jaga anak sendiri...xde orang boleh datang melawat cuma suami je yang datang tiap-tiap hari...Oleh kerana Wafiq dah kene jaundice saya jadi takut nak makan Set Bersalin Leesa Formula yang saya dah beli satu set sebabnya saya x nak bila saya makan jamu makin teruk kuning Wafiq nanti. Saya pun terfikir-fikir apa yang saya nak makan untuk pulihkan semula badan saya. Saya pun belek2 website jumpa blog Kak Norita Idris http://www.anakkuwiraku.com/. Saya tanpa berfikir panjang terus order set trial B RM80. 2 hari kemudian saya pun dapat vitamin tu yang dipos dari Sarawak. Masatu saya x tahu pun Kak N ni sebenarnya duduk kat Sarawak tapi orang Muar rupenya. Dalam set B ini ada Alfalfa 30 biji, Vitalea 30 biji, B Complex 30 biji dan Vitamin C 30 biji. 



Selepas kami dibenarkan keluar daripada wad, episod saya sambung berpantang di rumah emak saya pun bermula. Saya pun mula consume set B mengikut aturan yang ditetapkan dan kerapkan penyusuan anak saya. Alhamdulillah susu saya yang awal2 dulu bila saya pumping just titik2 je (minggu pertama pantang) saya boleh dapat 4 oz after saya susukan anak saya sehingga dia tertidur kekenyangan(minggu keempat). Di samping itu saya jadikan juga blog Linda sebagai panduan saya. Jangan x tahu saya siap print out entry blog Linda & entry blog kak N untuk belajar tentang penyusuan. Saya memang jenis yang tiada masalah untuk makan sebarang ubat dan juga minum air masak yang banyak dan ini rupanya faktor yang paling penting untuk menjayakan penyusuan selain daripada kekerapan penyusuan. After 30 hari saya pun kehabisan vitamin dan saya order lagi dengan Kak N...Memang amat mudah berurusan dengan kak N...just transfer duit guna maybank2u 2 hari kemudian saya dah dapat dah vitamin saya tu. Saya amat seronok menjalani fasa penyusuan anak saya dengan bantuan pengambilan set Shaklee. Salah satu sebab yang utama saya bukannya fikir untuk banyakkan KUANTITI SUSU SAHAJA tetapi saya nak SUSU YANG BERKUALITI juga. Ini kerana apa yang dimakan oleh saya juga akan disalurkan kepada anak saya. Jadi penting untuk saya dapatkan vitamin dan zat galian yang mencukupi yang saya tahu saya tak dapat selengkapnya dalam makanan harian saya walaupun saya makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Kalau nak tahu hasilnya, ini Amir Wafiq semasa usia 4 bulan dengan berat 7kg ...Bam bam kan hehehe



Belum abis lagi cerita saya ini nanti saya sambung lagi bagaimana saya bermula sebagai pengedar pulak dalam Part II

Wednesday, January 2, 2013

ASAL USUL VITAMIN

Sempena sesi persekolahan yang sudah bermula pada hari ini, saya pun ingin berkongsi cerita mengenai asal usul "VITAMIN". Vita-Lea Shaklee adalah multi vitamin dan mineral yang PERTAMA dicipta di dunia. Asalanya dikenali sebagai Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "VITAMIN", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 NUTRISI harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 VITAMIN dan 7 MINERAL penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehansif dan sangat seimbang.

TAHUKAH ANDA bahawa ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%...Wah banyak tu yer...Vitalea juga telah dipilih sebagai THE BEST MULTIVITAMIN pada tahun 2000...Jadi, apa kata anda pilih yang terbaik untuk diri anda dan keluarga. JOM kita ikuti manfaat yang boleh diperolehi daripada pengambilan Vitalea ini :

* Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

*Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran dan anaemia.

*Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

*Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

*Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asa nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesanra, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.

*Melindungi organ- melindungi fungsi buah pianggan, jantung dan hati.

BANYAKNYER MANFAAT dalam sebiji Vitalea kan??...Jadi x rugi jika anda dapatkannya sekarang..


Vitalea ini untuk dewasa





 Ala...untuk dewasa je ke? Tak...untuk kanak-kanak pun ada chakkk!






















Jom dapatkannya sekarang...HARGA ISTIMEWA jangan malu jangan segan tanya je :)...

Tuesday, January 1, 2013

AZAM BARU 2013

Setiap kali masuk tahun baru, saya percaya semua orang mempunyai azam dan semangat yang berkobar-kobar untuk menjalani tahun tersebut yang pasti dengan lebih baik dari tahun sebelumnya. Bagi yang bujang berazam nak kahwin, yang dah berkahwin berazam nak mempunyai anak atau menambah anak yang sedia ada (ada jugak yang berazam nak kahwin lagi hehehe), yang dah ada anak pasti berazam nak anak jadi pandai dalam segala hal. Pendek kata semua azam yang kita ada ke arah kebaikan. Jadi setelah kita tanamkan azam kita, kita seharusnya mengerakkan azam tersebut. Jangan matikan azam tersebut di dalam diri kita sahaja. Kita perlu mengatur langkah satu persatu untuk mencapai azam tersebut. Dalam perjalanan untuk mencapai azam tersebut memang bermacam halangan yang akan kita tempuhi. Namun kita jangan putus semangat malah kita harus yakin bahawa azam kita pasti akan tercapai juga akhirnya. 

Bagi saya, saya mempunyai satu azam yang merangkumi bermacam-macam azam. Aik, macamana tu?...Hehehe saya berazam untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik untuk tahun 2013. Jadi maksud lebih baik itu merangkumi pelbagai aspek diri saya sebagai seorang anak, isteri, ibu, adik, rakan, pekerja...bla...bla banyak rupanya jawatan saya...hehehe...Ape pun saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda semua dalam melaksanakan azam baru 2013.

Healthy For A Life