Wednesday, January 16, 2013

SHAKLEE & ME PART 1

Wah...memang rasa teruja untuk memulakan cerita bagaimana saya boleh terjebak dalam dunia Shaklee. Mulanya pada tahun 2009 masa zaman saya bujang saya suka sangat baca blog Harlinda Halim  (http://www.harlindahalim.com/ tapi masa tu blogspot lagi) kawan saya masa belajar kat UIA dulu. Dia rajin update blog dia dan saya merupakan salah satu pembaca setia blog dia hehehe..Semangat dia dalam dunia penyusuan ibu amat mengagumkan saya. Di samping itu banyak lagi cerita yang menarik dia selalu kongsikan. Lantaran itu, saya pasang niat menjadikan dia sebagai idola...hehehe saya rasa dia pun tak tahu ni...Then apabila saya berkahwin dan kemudian disahkan mengandung pada penghujung 2009, saya mmg dah set minda saya untuk menyusukan anak saya selama 2 tahun. Siap saya kumpul duit dan beli Medela Freestyle sbbnye Linda banyak review tentang pam-pam yang digunakan untuk menyusukan anaknya Danish dan dia paling suka yang ini hehehe terpengaruh betul dgn tulisan dia. Saya beli pun dengan orang yang sama dia beli tu...http://www.mybreastpumpshop.com/...tapi mmg best service kak Aja ni highly recommended...masa zaman saya beli tu RM1699 kalau x silap...memang la mahal tapi saya rasa berbaloi-baloi.


Then saya ingat lagi salah satu entry Linda dia consume Shaklee untuk maintain pengeluaran susunya...Tapi pada masa tu saya tak terfikir langsung nak beli Shaklee pun. Just tengok-tengok macam tu je.

After saya bersalinkan anak saya Muhammad Amir Wafiq, disahkan kena kuning pada hari ketiga & kemudian menjadi prolonged jaundice...Kami anak beranak berkampung di NICU Hospital Muar selama 14 hari kerana ada jangkitan kuman pada air kencing Wafiq juga...Dahla saya bersalin c-zer mmg rasa stress duduk wad jaga anak sendiri...xde orang boleh datang melawat cuma suami je yang datang tiap-tiap hari...Oleh kerana Wafiq dah kene jaundice saya jadi takut nak makan Set Bersalin Leesa Formula yang saya dah beli satu set sebabnya saya x nak bila saya makan jamu makin teruk kuning Wafiq nanti. Saya pun terfikir-fikir apa yang saya nak makan untuk pulihkan semula badan saya. Saya pun belek2 website jumpa blog Kak Norita Idris http://www.anakkuwiraku.com/. Saya tanpa berfikir panjang terus order set trial B RM80. 2 hari kemudian saya pun dapat vitamin tu yang dipos dari Sarawak. Masatu saya x tahu pun Kak N ni sebenarnya duduk kat Sarawak tapi orang Muar rupenya. Dalam set B ini ada Alfalfa 30 biji, Vitalea 30 biji, B Complex 30 biji dan Vitamin C 30 biji. 



Selepas kami dibenarkan keluar daripada wad, episod saya sambung berpantang di rumah emak saya pun bermula. Saya pun mula consume set B mengikut aturan yang ditetapkan dan kerapkan penyusuan anak saya. Alhamdulillah susu saya yang awal2 dulu bila saya pumping just titik2 je (minggu pertama pantang) saya boleh dapat 4 oz after saya susukan anak saya sehingga dia tertidur kekenyangan(minggu keempat). Di samping itu saya jadikan juga blog Linda sebagai panduan saya. Jangan x tahu saya siap print out entry blog Linda & entry blog kak N untuk belajar tentang penyusuan. Saya memang jenis yang tiada masalah untuk makan sebarang ubat dan juga minum air masak yang banyak dan ini rupanya faktor yang paling penting untuk menjayakan penyusuan selain daripada kekerapan penyusuan. After 30 hari saya pun kehabisan vitamin dan saya order lagi dengan Kak N...Memang amat mudah berurusan dengan kak N...just transfer duit guna maybank2u 2 hari kemudian saya dah dapat dah vitamin saya tu. Saya amat seronok menjalani fasa penyusuan anak saya dengan bantuan pengambilan set Shaklee. Salah satu sebab yang utama saya bukannya fikir untuk banyakkan KUANTITI SUSU SAHAJA tetapi saya nak SUSU YANG BERKUALITI juga. Ini kerana apa yang dimakan oleh saya juga akan disalurkan kepada anak saya. Jadi penting untuk saya dapatkan vitamin dan zat galian yang mencukupi yang saya tahu saya tak dapat selengkapnya dalam makanan harian saya walaupun saya makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Kalau nak tahu hasilnya, ini Amir Wafiq semasa usia 4 bulan dengan berat 7kg ...Bam bam kan hehehe



Belum abis lagi cerita saya ini nanti saya sambung lagi bagaimana saya bermula sebagai pengedar pulak dalam Part II

No comments:

Post a Comment

Healthy For A Life