Tuesday, January 1, 2013

AZAM BARU 2013

Setiap kali masuk tahun baru, saya percaya semua orang mempunyai azam dan semangat yang berkobar-kobar untuk menjalani tahun tersebut yang pasti dengan lebih baik dari tahun sebelumnya. Bagi yang bujang berazam nak kahwin, yang dah berkahwin berazam nak mempunyai anak atau menambah anak yang sedia ada (ada jugak yang berazam nak kahwin lagi hehehe), yang dah ada anak pasti berazam nak anak jadi pandai dalam segala hal. Pendek kata semua azam yang kita ada ke arah kebaikan. Jadi setelah kita tanamkan azam kita, kita seharusnya mengerakkan azam tersebut. Jangan matikan azam tersebut di dalam diri kita sahaja. Kita perlu mengatur langkah satu persatu untuk mencapai azam tersebut. Dalam perjalanan untuk mencapai azam tersebut memang bermacam halangan yang akan kita tempuhi. Namun kita jangan putus semangat malah kita harus yakin bahawa azam kita pasti akan tercapai juga akhirnya. 

Bagi saya, saya mempunyai satu azam yang merangkumi bermacam-macam azam. Aik, macamana tu?...Hehehe saya berazam untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik untuk tahun 2013. Jadi maksud lebih baik itu merangkumi pelbagai aspek diri saya sebagai seorang anak, isteri, ibu, adik, rakan, pekerja...bla...bla banyak rupanya jawatan saya...hehehe...Ape pun saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda semua dalam melaksanakan azam baru 2013.

No comments:

Post a Comment

Healthy For A Life