Tuesday, July 31, 2012

SELAMAT HARI LAHIR KE 2 MUHAMMAD AMIR WAFIQ…


Bila tiba tarikh 31 Julai ini saya akan teringat pengalaman 2 tahun yang lalu semasa bersalinkan Muhammad Amir Wafiq bin Mohd Norhasmizan. Pengalaman sakit rasa nak bersalin sehinggalah selesai dibedah hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah selamat kedua-duanya. Kemudian bermula episod berpantang yang sepatutnya di rumah tetapi banyak dihabiskan di Hospital Muar sebab Amir Wafiq kene prolong jaundice + infection urine…14 hari duduk di wad NICU yang mana hanya suami dibenarkan melawat. Masa tu bulan puasa lagi seminggu dah nak raya…ada jugak terdetik yang saya suami isteri kene beraya kat hospital ni tapi Alhamdulillah akhirnya dapat discharge…

Kemudian saya sambung berpantang di kampung..Badan rasa penat yang amat kerana kesan c-sec masih terasa mungkin sebab duduk di hospital terlalu lama…Saya mencari-cari di internet supplemet yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka… Akhirnya berjumpa dengan blog www.anakkuwiraku.com milik Pn Norita Idris….Pengalaman beliau melalui 2 pembedahan melahirkan anak dan pulih dengan cepat memang sangat mengagumkan dengan kuasa Allah…Hati mula rasa tertarik dengan supplement Shaklee yang diamalkan jadi bermulalah episod membeli supplement Shaklee dengan beliau…Set yang pertama yang dibeli pada masa tu adalah SET B Penyusuan…Badan makin serasi dan mula berasa bertambah sihat…sehinggalah terkena pula demam denggi pada hari ke58 terpaksa dimasukkan ke wad sekali lagi namun hati ini tidak mengenal erti putus asa…kuatkan semangat untuk pumping di bilik kecil yang boleh dikatakan stor kerana wad penuh dengan pesakit2 lain dan terbuka…alhamdulillah 3 hari 2 malam di hospital berjaya bawa pulang 50oz…Sejak itu saya meneruskan supplement Shaklee dari SET B sehingga hampir kesemua vitamin telah saya cuba kerana amat berpuas hati dengan hasilnya.




Amir Wafiq 5 bulan


Setelah setahun membeli vitamin Shaklee dengan Pn Norita Idris akhirnya saya mendapat keyakinan dan mendaftar sebagai ahli dan seterusnya menjadi downline Pn Norita Idris aka Kak N…Saya amat bersyukur dipertemukan dengan Kak N di alam maya kerana Kak N x pernah mengenal erti jemu untuk membantu saya dari pelbagai aspek…Alhamdulillah banyak manfaat yang saya perolehi daripada amalan pemakanan supplement semulajadi ini…Sejak saya ambil Shaklee dengan izin Allah saya hanya merawat diri saya dengan vitamin kerana saya percaya keaslian vitamin Shaklee yang sudah 50 tahun di pasaran. Kini saya meneruskan pengambilan vitamin utk anak, suami dan keluarga saya dan akan terus berkongsi kebaikan dengan masyarakat di luar sana….

Amir Wafiq 1 tahun 11 bulan



1 comment:

Healthy For A Life