Bila
tiba tarikh 31 Julai ini saya akan teringat pengalaman 2 tahun yang lalu semasa
bersalinkan Muhammad Amir Wafiq bin Mohd Norhasmizan. Pengalaman sakit rasa nak
bersalin sehinggalah selesai dibedah hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah
selamat kedua-duanya. Kemudian bermula episod berpantang yang sepatutnya di
rumah tetapi banyak dihabiskan di Hospital Muar sebab Amir Wafiq kene prolong
jaundice + infection urine…14 hari duduk di wad NICU yang mana hanya suami
dibenarkan melawat. Masa tu bulan puasa lagi seminggu dah nak raya…ada jugak
terdetik yang saya suami isteri kene beraya kat hospital ni tapi Alhamdulillah
akhirnya dapat discharge…
Kemudian
saya sambung berpantang di kampung..Badan rasa penat yang amat kerana kesan
c-sec masih terasa mungkin sebab duduk di hospital terlalu lama…Saya mencari-cari
di internet supplemet yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka…
Akhirnya berjumpa dengan blog www.anakkuwiraku.com
milik Pn Norita Idris….Pengalaman beliau melalui 2 pembedahan melahirkan anak
dan pulih dengan cepat memang sangat mengagumkan dengan kuasa Allah…Hati mula
rasa tertarik dengan supplement Shaklee yang diamalkan jadi bermulalah episod
membeli supplement Shaklee dengan beliau…Set yang pertama yang dibeli pada masa
tu adalah SET B Penyusuan…Badan makin serasi dan mula berasa bertambah sihat…sehinggalah
terkena pula demam denggi pada hari ke58 terpaksa dimasukkan ke wad sekali lagi
namun hati ini tidak mengenal erti putus asa…kuatkan semangat untuk pumping di
bilik kecil yang boleh dikatakan stor kerana wad penuh dengan pesakit2 lain dan
terbuka…alhamdulillah 3 hari 2 malam di hospital berjaya bawa pulang 50oz…Sejak
itu saya meneruskan supplement Shaklee dari SET B sehingga hampir kesemua
vitamin telah saya cuba kerana amat berpuas hati dengan hasilnya.
Amir Wafiq 5 bulan |
Setelah
setahun membeli vitamin Shaklee dengan Pn Norita Idris akhirnya saya mendapat
keyakinan dan mendaftar sebagai ahli dan seterusnya menjadi downline Pn Norita
Idris aka Kak N…Saya amat bersyukur dipertemukan dengan Kak N di alam maya
kerana Kak N x pernah mengenal erti jemu untuk membantu saya dari pelbagai
aspek…Alhamdulillah banyak manfaat yang saya perolehi daripada amalan pemakanan
supplement semulajadi ini…Sejak saya ambil Shaklee dengan izin Allah saya hanya
merawat diri saya dengan vitamin kerana saya percaya keaslian vitamin Shaklee
yang sudah 50 tahun di pasaran. Kini saya meneruskan pengambilan vitamin utk
anak, suami dan keluarga saya dan akan terus berkongsi kebaikan dengan
masyarakat di luar sana….
itu adalah saya
ReplyDelete