Monday, July 23, 2012

KURMA + ESP???

INFO KURMA

Apabila tibanya Ramadhan,anda akan dapat melihat kurma di mana-mana. Jom kita kenali kurma dengan lebih dekat lagi. Kurma adalah sejenis tumbuhan palma “Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan samada masak atau mentah. Banyak khasiat yang terkandung di dalam kurma. Antaranya ia mengandungi kandungan zat besi, potassium, kalsium, fosforus, sodium, vitamin A dan B serta niasin yang tinggi. Selain itu juga ia membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, mengalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, melancarkan sistem penghadaman serta dapat melindungi badan daripada pengumpulan kolestrol. Ia juga memiliki kadar potassium 2 kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang. Gula yang terkandung di dalam kurma pula mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang. 

Sempena bulan Ramadhan ini untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik, anda disarankan untuk berbuka puasa dengan sebiji kurma, satu atau dua jenis kuih tanpa minuman manis kemudian menunaikan solat terlebih dahulu sebelum makan. Ini kerana dalam tubuh ada sejenis hormon yang naik mendadak kerana rasa lapar akibat berpuasa sepanjang hari dan mengakibatkan kita makan terlalu banyak ketika berbuka, tetapi sekiranya kita makan sedikit dahulu dan beri masa pada tubuh badan sebelum makan maka paras hormon ini akan menurun. Ia secara tidak langsung akan membuatkan kita makan dengan lebih berhemah. 








INFO ESP

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.

Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Perbezaan Shaklee
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.
(sumber: www.anakkuwiraku.com)

APABILA BERGABUNG!!!

Bagi kaum ibu yang mengandung/menyusukan bolehlah mengamalkan memakan kurma semasa berbuka dan bersahur. Bagi yang ingin mencuba Energyzing Soy Protein aka ESP boleh try resipi istimewa ini
“ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)” Bestkan 2 in 1….


Anda boleh dapatkan ESP dengan HARGA ISTIMEWA!!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Healthy For A Life