Monday, December 31, 2012

PENGEDAR SAH SHAKLEE BATU PAHAT

Diam tak diam dah hampir 2 tahun lebih saya menjadi pengguna tegar Shaklee. Sejak tahun lepas pula saya mula berjinak-jinak menjadi pengedar setelah mendapat banyak respons yang positif daripada keluarga dan rakan-rakan. Saya tumpang gembira apabila ramai yang mendapat kesihatan yang lebih sihat. Bagi anda yang masih tercari-cari supplement untuk membantu kesihatan anda dan keluarga untuk tahun 2013, apa kata anda mencuba Shaklee?..Yang pasti harga yang menarik ditawarkan untuk setiap pembelian anda, konsultasi percuma dan anda juga berpeluang menjana pendapatan sampingan di kemudian hari sekiranya berminat untuk menjadi ahli. 

Bagi yang berminat untuk membuat pembelian, anda boleh SMS/PM saya di FB Nor Hafizah Abdullah, sekiranya anda berada di kawasan berdekatan dengan branch Shaklee anda boleh gunakan ID milik saya 867146 untuk mendapatkan harga ISTIMEWA.

Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Kuala Lumpur
31, Jalan 2A/27A, Section 1,
Wangsa Maju Setapak,
53300 Kuala Lumpur.

Penang A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya,
13700 Perai.


Penang A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya,
13700 Perai.


Ipoh 32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.


Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru. 

  
Kota Bharu
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.


Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu. 


Namun sekiranya anda ada kekangan masa, anda boleh order terus kepada saya dan saya akan hantar produk terus kepada anda sekiranya anda tinggal di kawasan BATU PAHAT, MUAR, TANGKAK...
Bagi yang berminat tetapi berada di luar kawasan anda juga boleh membuat pesanan dan saya akan poskan pesanan anda sehingga ke tangan anda...MUDAHKAN?? Apa tunggu lagi??? JOM BERSHAKLEE :)

Friday, December 14, 2012

KECIL & BESAR

Lama tidak menulis di sini memandangkan sibuk dengan urusan kerja hakiki dan tanggungjawab pada keluarga. Alhamdulillah saya panjatkan syukur pada Allah kerana dilimpahkan dengan rezeki yang tidak terhingga dari Allah untuk kami sekeluarga dari pelbagai segi kebelakangan ini. Namun apa yang ingin saya kongsikan di sini nikmat sihat juga merupakan rezeki daripada Allah. Bayangkan kalau anda tiba-tiba jatuh sakit pada satu hari, banyak kerja yang tergendala kerana anda tidak berupaya untuk melaksanakan pekerjaan tersebut. Tetapi jangan merungut kerana sakit juga merupakan ujian daripada Allah untuk hambaNya agar selalu mengingatinya.

Saya ibaratkan sistem badan kita umpama sebuah kereta. Kereta yang baru  selalunya berada di dalam prestasi yang baik. Tetapi kita harus juga memastikan enjin kereta tersebut sentiasa di dalam keadaan yang baik. Ini penting untuk memastikan kita dapat menggunakan kereta tersebut untuk jangka masa yang panjang. Untuk tujuan ini kita akan sentiasa alert untuk menghantar kereta ke pusat servis apabila tiba masanya. Kita tidak mahu kerosakan KECIL yang berlaku pada sebuah kereta apabila tidak dibaiki akan mengakibatkan kerosakan yang lebih BESAR yang mana belanja untuk dikeluarkan juga mestilah BESAR. Oleh itu kita akan sentiasa memastikan kereta kita berada di dalam keadaan yang baik untuk digunakan dengan mengeluarkan jumlah modal yang KECIL.

Namun apabila berbalik pada diri kita, tidak ramai yang sanggup untuk mengeluarkan belanja yang KECIL untuk memastikan taraf kesihatan kita sentiasa di dalam keadaan yang baik. Ramai yang beranggapan perbelanjaan untuk membeli supplement adalah sesuatu yang BESAR. Ini sesuatu yang tidak benar. Apa kata kita lihat kesihatan sebagai satu pelaburan jangka masa yang panjang sepertimana sebuah kereta tadi. Pada usia yang muda kita memang berada di dalam keadaan yang sihat (kecuali mereka yang diduga sakit sejak lahir), namun satu hari nanti kita pasti akan tua. Tidak salah kita mengeluarkan belanja yang KECIL untuk memastikan kita sentiasa sihat daripada kita tiba-tiba sakit terus kena berbelanja BESAR.

Ramai yang bertambah sihat apabila mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten berbanding yang apabila sakit baru hendak mengambil supplement ianya memerlukan masa untuk bertindak balas. Untuk set Optimum Health hanya kurang RM200 modal kecil yang dikeluarkan untuk penggunaan 4-6 bulan. Di dalamnya terdapat Multivitamin Vitalea, Vitamin C dan juga B Complex. Namun jika ada kekangan kewangan anda boleh menghubungi saya untuk berbincang. Ingat KECIL & BESAR



Healthy For A Life