Wednesday, May 30, 2012

PERSEDIAAN BERPUASA IBU MENGANDUNG & MENYUSUKAN




Lebih kurang 51 hari sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Bagi kaum ibu yang masih berhutang puasa pada tahun-tahun sebelumnya, masa yang tinggal ini digunakan untuk menggantikan puasa. Ramai ibu2 yang mengandung dan ibu2 yang menyusukan sedikit sebanyak berasa khuatir samada mampu untuk meneruskan puasa dengan keadaan begini.
Hakikatnya berpuasa tidak menganggu kandungan mahupun penyusuan JIKA si ibu sudah mempunyai persediaan yang rapi dari segi minda dan fizikal.
Bagaimana dengan persediaan Minda?

Minda adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat mahupun disentuh. Minda yang tenang dapat mengawal tubuh dengan lebih baik. Ianya akan lebih seimbang dan yakin akan hadir apabila kita dekat denganNya. Minda yang tenang dan yakin hadir hasil dari amalan kita sendiri. Amalan seperti bersedekah, berzikir, solat sunat membantu mendekatkan diri kita dengan pencipta dan secara tidak langsung akan meyakinkan kita bahawa janji pencipta iaitu Allah itu benar...barangsiapa yang menurut perintahNya akan menikmati banyak nikmat.

Apakah yang dikatakan dengan persediaan fizikal?

Kita boleh hidup tanpa makan selama 10 hari dan kita boleh hidup dengan hanya minum air selama 50 hingga 60 hari sekalipun. Ini kerana keperluan badan adalah 70 peratus adalah air. Maka tanpa makanan, kita masih boleh menyusu sebenarnya. Namun kebanyakkan ibu2 khuatir apabila tidak makan dan minum akan mengakibatkan susu kekurangan nutrien dan semakin sedikit. Ini tidak akan berlaku apabila si ibu sudah bersedia dengan persiapan yang teliti.

Apakah yang dimaksudkan dengan persiapan yang teliti?
Jika kita sudah tahu yang keesokkannya kita akan berpuasa, maka pastikan malam itu kita mempunyai dinner yang seimbang dengan segala keperluan. Pastikan menu mengandungi sayur dan buah-buahan demi memastikan kita tidak sembelit semasa berpuasa. Serat sangat penting agar pembuangan menjadi lawas dan mengelakkan penyakit buasir
Pengambilan air perlulah disukat dengan sukatan yang khusus. Sebagai contoh 3 liter adalah bersamaan dengan 2 botol air 1.5liter.  Nampak seperti banyak 3 liter itu namun sebenarnya dari jam lebih kurang 7-7.30 petang waktu berbuka sehingga jam 5 pagi waktu bersahur esoknya kita mempunyai almost 10 jam. So keperluan kita untuk melengkapkan minum 3 liter air adalah sangat panjang. Ini sangat membantu kita berpuasa dengan jayanya.
Jika berkemampuan, tidak salah mengeluarkan sedikit belanja membeli supplement untuk memastikan tubuh ibu sentiasa bertenaga. Berikut disediakan jadual pemakanan supplement penyusuan/mengandung untuk ibu.

Waktu sahur:
Selepas makan nasi atau apa jua juadah bersahur serta kurma, tambahkan minuman Performance dan ESP( Gabungan terbaik ) dan makan 3 biji Alfalfa

Waktu Berbuka:
Berbukalah dengan juadah berbuka seperti biasa disertai kurma , tambahkan juga  dalam menu minuman Performance dan ESP ( untuk dapatkan better result ) dan 2 biji alfalfa.

Sebelum tidur:
Amalkan minum segelas ESP  dan vitamin lain iaitu Vitalea@multivitamin, B complex dan Vitamin C.

Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.
Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan sepanjang berpuasa. Terdapat pendapat yang mencadangkan pengambilan 100plus sepanjang berbuka namun minuman ini berkabornat dan boleh menggangu sistem perut di mana boleh menyebabkan si ibu dan anak menyusu mengalami keragaman perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Other option ialah pengambilan Tripple Gem

Apa dia Tripple Gem???
Set ini adalah set yang terdiri daripada Energizing Soy Protien, Meal Shake dan Performance Drink. Set ini digalakkan ambil kepada golongan yang tak boleh nak telan vitamin langsung. Ianya juga sangat sesuai diambil oleh golongan ibu mengandung dan menyusukan anak. Caranya campurkan 1 setengah sudu ESP, 1 sudu besar Meal Shake dan 1 sudu besar Performance drink pada waktu bersahur dan waktu berbuka. Mudah bukan?
Untuk mendapatkan set ini anda boleh PM saya atau sms/call 0137710152 dan harga menarik ditawarkan.

Sumber: www.anakkuwiraku.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Thursday, May 24, 2012

ANAK ADALAH ANUGERAH



Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kedatangan zuriat bagi melengkapkan kebahagiaan mereka. Apabila si isteri disahkan hamil, maka bermulalah saat di mana si suami dan isteri akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kandungan bagi memastikan anak yang bakal lahir selamat dan sihat. Jangka masa kehamilan adalah sesuatu yang sangat pendek sebenarnya dan seharusnya tidak dipandang remeh dari segi tumbesaran bayi di dalam kandungan. Maka si ibu disarankan untuk menjaga pemakanan dengan mengambil berat dari segi zat dan vitamin, menjaga kesihatan emosi dan fizikal dan tidak dilupakan amalan bacaan surah di dalam Al-Qur’an untuk pembentukan rohani anak agar terbentuk sejak dalam kandungan lagi. Selain itu, amalan kerohanian ini membantu emosi ibu lebih tenang dan kuat.

Apakah vitamin yang bagus diambil sepanjang mengandung?*

Bagi seorang ibu mengandung amat penting untuk si ibu mendapatkan cukup zat khasiat serta vitamin bukan untuk kesihatan ibu semata-mata tetapi untuk keperluan pembesaran bayi dalam kandungan.
Memang ada yang mengatakan, semasa mengandung banyak makan dan berat ibu juga naik mendadak, namun sayangnya bila si kecil ini lahir beratnya tidak memberansangkan.
Alangkah baik jika berat si ibu itu naik selari dengan pembesaran anak...
Maka oleh kerana itu, vitamin yang disarankan adalah

Multivitamin dengan zat besi : Perlu untuk pembinaan sel darah, pembesaran, dan keperluan semua vitamin buat si kecil
B complex : Sangat perlu untuk pembinaan sel darah merah, ketenangan emosi si ibu dan tenaga
Vitamin C : Perlu untuk pembentukan antibodi dan dinding sel.
Kalsium : perlu untuk pembentukan sel darah, saraf serta tulang bayi.
Omega : Minyak ikan yang bagus untuk pembentukan otak bayi. Disarankan diambil selepas bayi dalam kandungan berusia 4  bulan.
Protien : penting untuk pembinaan sel tisu dan organ dibentuk dari protien.

Kesinambungan di dalam pantang.*

Vitamin yang diambil semasa mengandung boleh diteruskan semasa dalam pantang. Si ibu kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran maka pengambilan vitamin sangat sangat membantu si ibu untuk cepat pulih dan mampu bergerak cergas serta menyusukan si manja. Namun tambahan vitamin yang disarankan adalah

Zinc : Ia sangat bagus diambil terutama ketika dalam pantang. Ia boleh diambil sebaik sahaja selepas melahirkan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka. Sangat bagus diamalkan sebiji sehari minima 40 hari atau selengkapnya 120 hari.

Kesinambungan kepada dunia penyusuan susuibu.*

Di zaman serba moden ini pasti ramai ibu kini sangat prihatin dengan pembesaran jiwa dan fizikal anak. Penyusuan susuibu bukan sahaja berkisar kepada berapa oz yang dapat diperah setiap hari tetapi nutrisi yang disalurkan kepada si manja melalui susuibu. 'Bonding' atau hubungan erat ibu dan anak terbentuk dari sentuhan kasih sayang semasa bayi disusukan sangat memberi kesan kepada jiwa dan pembangunan insaniah sejak dari kecil lagi. Maka vitamin yang diamalkan semasa mengandung boleh diteruskan tanpa was-was untuk penyusuan si manja sehingga berusia 2 tahun.
Si ibu juga boleh menambah vitamin yang membantu susu cepat dihasilkan iaitu Alfalfa.

Alfalfa : Supplement yang kaya dengan protien, kalsium dan galian. Ia sangat bagus diambil ketika menyusukan anak kerana dikatakan ia membantu susuibu cepat dihasilkan.

Sumber: www.anakkuwiraku.com

Dengan pilihan vitamin Shaklee dari kesinambungan kehamilan, kelahiran dan penyusuan adalah sesuatu yang menjimatkan kerana anda tidak perlu untuk memilih pelbagai jenama yang lain yang tidak menyediakan pakej yang lengkap ini. Saya telah membuat pilihan saya sejak memulakan penyusuan anak saya 22 bulan yang lalu. Apa kata anda buat pilihan anda!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Healthy For A Life