Thursday, January 12, 2012

Salam Perkenalan 2012

Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012..Dengan kedatangan tahun baru semestinya kita mempunyai semangat baru dan azam baru. Azam tahun baru saya untuk berkongsi tentang kesihatan dengan anda. Kenapa kesihatan?..Salah satu sebab kerana semua orang tidak suka apabila dirinya jatuh sakit atau terkena apa-apa penyakit. Saya percaya semua orang mahu sihat sepanjang masa supaya dapat fokus dengan apa yang sedang dilakukan tidak kira anda berkerja di pejabat, menguruskan rumah tangga mahupun apa juga yang anda lakukan di dalam hidup anda. Terdapat pelbagai cara untuk maintain kesihatan kita samada dengan bersenam, makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan lain-lain. Saya pilih untuk mengambil vitamin semulajadi untuk kesihatan saya dan keluarga. Di dalam 1st entry ini saya ingin kongsikan bersama anda MENGAPA VITAMIN ADALAH PENTING.

1) Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin

2)Buah-buahan dan sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur

3)Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak

4) Gaya hidup anda mungkin menggangu penyerapan zat makanan

5)Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan anda

6)Anda mungkin terlalu kerap makan di luar

7)Gaya hidup anda tidak aktif

8)Pekerjaan anda banyak "STRESS"

9)Anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan-jangkitan lain...

Di dalam entry akan datang saya akan kongsikan siapakah yang SANGAT PERLU kepada vitamin?...Saya doakan anda sihat dan berjaya..:)

No comments:

Post a Comment

Healthy For A Life