Lama tidak menulis di sini memandangkan sibuk dengan urusan kerja hakiki dan tanggungjawab pada keluarga. Alhamdulillah saya panjatkan syukur pada Allah kerana dilimpahkan dengan rezeki yang tidak terhingga dari Allah untuk kami sekeluarga dari pelbagai segi kebelakangan ini. Namun apa yang ingin saya kongsikan di sini nikmat sihat juga merupakan rezeki daripada Allah. Bayangkan kalau anda tiba-tiba jatuh sakit pada satu hari, banyak kerja yang tergendala kerana anda tidak berupaya untuk melaksanakan pekerjaan tersebut. Tetapi jangan merungut kerana sakit juga merupakan ujian daripada Allah untuk hambaNya agar selalu mengingatinya.
Saya ibaratkan sistem badan kita umpama sebuah kereta. Kereta yang baru selalunya berada di dalam prestasi yang baik. Tetapi kita harus juga memastikan enjin kereta tersebut sentiasa di dalam keadaan yang baik. Ini penting untuk memastikan kita dapat menggunakan kereta tersebut untuk jangka masa yang panjang. Untuk tujuan ini kita akan sentiasa alert untuk menghantar kereta ke pusat servis apabila tiba masanya. Kita tidak mahu kerosakan KECIL yang berlaku pada sebuah kereta apabila tidak dibaiki akan mengakibatkan kerosakan yang lebih BESAR yang mana belanja untuk dikeluarkan juga mestilah BESAR. Oleh itu kita akan sentiasa memastikan kereta kita berada di dalam keadaan yang baik untuk digunakan dengan mengeluarkan jumlah modal yang KECIL.
Namun apabila berbalik pada diri kita, tidak ramai yang sanggup untuk mengeluarkan belanja yang KECIL untuk memastikan taraf kesihatan kita sentiasa di dalam keadaan yang baik. Ramai yang beranggapan perbelanjaan untuk membeli supplement adalah sesuatu yang BESAR. Ini sesuatu yang tidak benar. Apa kata kita lihat kesihatan sebagai satu pelaburan jangka masa yang panjang sepertimana sebuah kereta tadi. Pada usia yang muda kita memang berada di dalam keadaan yang sihat (kecuali mereka yang diduga sakit sejak lahir), namun satu hari nanti kita pasti akan tua. Tidak salah kita mengeluarkan belanja yang KECIL untuk memastikan kita sentiasa sihat daripada kita tiba-tiba sakit terus kena berbelanja BESAR.
Ramai yang bertambah sihat apabila mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten berbanding yang apabila sakit baru hendak mengambil supplement ianya memerlukan masa untuk bertindak balas. Untuk set Optimum Health hanya kurang RM200 modal kecil yang dikeluarkan untuk penggunaan 4-6 bulan. Di dalamnya terdapat Multivitamin Vitalea, Vitamin C dan juga B Complex. Namun jika ada kekangan kewangan anda boleh menghubungi saya untuk berbincang. Ingat KECIL & BESAR
No comments:
Post a Comment